lama giler aku dah tak tulis blog...almaklumlah aku ni kan nk exam thn ni..so utk dunia maya ni aku dah kurangkan la...tapi yg sebenarnya aku malas nk update n aku tak ada cerita menarik pun nk tulis....hahahaha tu yang aku abaikan sekejap aku punya blog ni...tapi hr ni aku rasa rajin la pulak nk update kan so korang nk baca tak blog aku? (ceh kalau korang dah bukak blog aku tu tanda nk baca la kan kalau tak buat apa bukak blog aku betul tak? apa punya soalan tah aku ni...k kali ni aku nk story pasal novel picisan...apa benda picisan tu cari la sendiri kat google....sekarang kan dunia dah maju....
tajuk besar novel ini ialah KELABU..karya NADIA KHAN......aku tahu novel ni pun dr cikgu bi aku..sbb Nadia Khan ni kira anak buah dia la...( kalau aku tak silap)....so aku pun ingat nk try la cari novel tu....so aku pun gi la kedai MPH kat alamanda...bila dah jumpa aku pun beli la kan tak kan aku nk baca kat situ secara free kan....karang ada jgk org yg halau aku secara penuh terhormat....tak memasal malu je.....walaupun kerja sekolah aku dah sedia maklum mmg banyak tapi aku still cari masa nk baca novel tu n seriously, aku suka giler baca novel tu....
cerita dia sempoi n ayat dia mudah la....tapi kalau korang ni jenis nk beli novel utk perbaiki bahasa melayu korang novel ni kurang sesuai la..sbb novel ni dia campur2...ada B.M dan ada B.I..... so sekarang ni aku nk cerita pengalaman aku baca novel ni la k.....mula2 aku baca tu mmg aku dah tak pandang benda lain dah aku tumpu kat novel tu je....watak utama dia, Amir.....dalam novel ni dia dikatakan handsome n digilai perempuan....so korang bayang kan je la mcm mane rupa amir ni....bila baca pasal amir ni, dia kira anak tunggal la sbb mak dia tinggalkan dia n ayah dia masa tu amir ni kecik lagi..mak dia lari gi jerman kahwin dgn org sana....then mak dia dapat anak..kiranya budak yg lahir tu adik tiri dia la...
tengah aku syok baca novel tu tak sedar dah sampai pertengahan novel so aku dah sedia maklum kalau baca novel bila dah sampai muka surat tengah2 mesti akan ada konflik yg berlaku...then tekaan aku tepat...memang ada konflik yg berlaku tapi aku tak terfikir pun yg konflik itu sebegitu rupa....kalau korang nk tahu sebenarnya amir itu bukan lah seperti yang aku bayang kan....satu baris ayat ni yg mengejut aku..waktu tu dia berbual dgn azhar..... n ayat nya berbunyi seperti ini "because you're no match for him! you wanna know why? because your real name........... is AMIRA! because you are a freaking dyke!" (muka surat 211)
nk tergugur jantung aku bila baca....aku baca banyak kali kut part ni...sbb aku takut aku yg salah baca atau nadia ni yg salah taip tapi itulah hakikatnya...YES selama ni yg aku dok ingat amir ni lelaki padahal dia adalah seorg perempuan yg mmg dilahirkan perempuan cuma mempunya sifat lelaki....hancur hati aku....
bila aku dah tahu, aku rasa dah tak nk baca dah novel ni...aku tak sanggup mengenangkan budak amir or amira ni....tapi dgn berat hati aku sambung jgk baca novel ni...entah knp aku rasa mungkin nadia ni dah berjaya buat aku rasa sakit yg menikam hati aku...tapi yg lebih terseksa nya amir ni tgh bercinta dgn seorg perempuan yg bernama Jun....n aku rasa Jun tak tahu yg amir ni perempuan kot...sbb aku tak abis baca lagi novel ni..sbb kan insiden yg berlaku tu, aku jadi stop baca sekejap....tapi tadi aku baca la balik kan novel tu entah knp aku rasa mcm best balik novel tu....aku lupa nk bg th amir ni ada kawan baik nama dia Shah.... waktu amir ni jumpa shah dia tak sengaja terbuka phone shah ni then dia baca sms yg shah hantar kat maya.. (maya ni org yg selalu bg job kat amir)...so amir ingatkan shah suka maya tapi bila dia baca sms diorg amir dapat tahu yg shah ni sukakan someone...tapi someone tu perangai mcm laki n shah ni sanggup tunggu budak tu sbb dia tahu suatu hari nnti budak tu pasti akan berubah...dia tak kisah terpaksa menahan sakit sekali pun...
so korang fikir tak seperti mana yg aku fikir? tak? ish korang ni apa ke lembab nya.. XD k jgn marah aku... bagi aku mungkin org yg shah suka adalah amir...tapi ni aku punya fikiran je la...lagi pun mcm aku kata tadi aku tak abis lagi baca novel ni....k nnti la aku bg th kalau aku dah abis baca k..or aku rasa patutnya kau carilah sendiri buku ni then korang baca lagi senang kan....
berbalik kepada amir atau nama sebenarnya amira ni...aku rasa aku dah paham kenapa NADIA KHAN ni letak tajuk novel dia KELABU sbb dia nk bg th kita yg amir ni sebenarnya berada dalam kehidupan yg kelabu.....aku rasa kita pun sama kan? kadang2 kira rasa diri kita berada di dunia yg berwarna putih dan kadang kala kita berada di dunia yg kita rasa warnanya hitam....dan yang paling kerap terjadi dalam diri kita ialah kita tidak berada pada warna putih mahu pun hitam.....tapi kita berada di tengah2 warna iaitu warna KELABU..jadi korang bayang kan apa yg sebenarnya Nadia ni nak sampai kan...dia bukannya nk galakkan kita utk hidup songsang tapi nk jelaskan kita betapa ramainya manusia ni muka bumi ini yg hidup nya dalam keadaan kelabu....
fikirkanlah...dan aku rasa aku nk bg th sikit la..aku tak rasa novel picisan itu tidak elok..... bagi aku kalau kita pandai mengunakan akal kita,dalam sesuatu yg negatif kita pasti dapat menjumpai perkara yg positif..sbb tu la kita diberi akal....mcm novel ni la...secara luarannya kita tahu penulis ni just nk cerita pasal seorg insan yg dilahirkan perempuan tapi mempunyai naluri lelaki..tapi cuba kita pandang pada isi dalamnya...kita pasti sedar sebenarnya penulis ni nk bg th kita bahawa manusia zaman sekarang ni hidup didalam keadaan serba kekeliruan...k la tu je aku nk bg th..bye2..thanks baca :)

nota: org yg berjaya adalah org yg pandang ke depan n melihat ke belakang..
No comments:
Post a Comment